Rabu, 17 Februari 2010

Serikandi Solehah Berjiwa Berani

Kekuatan rohani merupakan anjakan yang dapat melawan segala musuh batin yang bermula dari nafsu, kekuatan ini lah yang memacu keyakinan diri menggerakkan kekuatan fizikal menghunus serangan kearah lawannya. Kekuatan rohani juga tidak pernah gentar kepada susuk tubuh yang besar,tenaga yang kuat serta senjata yang tajam bahkan kekuatan rohani mampu menggetarkan jiwa-jiwa yang angkuh,menundukkakn hati-hati yang sombong, serta menggegarkan bumi-bumi yang ampuh, Allah S.W.T tidak pernah mensyaratkan bahawa kekuatan rohani serta jasmani itu hanya dimiliki oleh seorang nabi, malaikat atau rasul untuk bekalan dalam berjuang, malah kekuatan itu merupakan unsur semula jadi yang diberikan kepada sesiapa sahaja yang ingin memilikinya.


Menyentuh mengenai kekuatan, biasanya dilihat kepada seorang lelaki yang mengetuai segala aspek kehidupan,samada dalam pentadbiran,keanggotaan, peperangan dan lain-lain. Perlu di ingat bahawa wanita jua memiliki kekuatan yang tiada bandingannya. Sekiranya tidak mengapa wanita sanggup melahirkan anak berkali-kali, menuggu sehingga 9 bulan dengan penuh sabar, setelah lahir menjaga anak sehingga besar dengan penuh kasih sayang. Adakah itu bukan dinamakan kekuatan,bahkan kaum adam tidak mungkin mampu menggalas bebanan yg ditanggung sedemikian. Tetapi berbeza pula oleh kaum hawa,mereka mampu mengangkat senjata,memacu kuda serta memenggal leher-leher musuh setaraf dengan jiwa kaum Adam. Walau mereka memiliki fizikal yang berbeza,tetapi mereka dibekalkan kekuatan rohani yang sama dalam memikul Syariat Allah dimuka bumi ini.


Hal ini dibuktikan dalam sejarah peperangan islam, dimana Serikandi Muslimah bernama Khaulah memiliki kekuatan rohani dan fizikal yang kuat. Susuk tubuhnya tinggi lampai dan tegap. Sejak kecil beliau sudah pandai bermain pedang dan tombak. Rasulullah S.A.W telah membenarkan Khaulah menyertai angkatan peperangan muslimin bersama-sama mujahidah yang lain. Ketangkasan Khaulah telah menggempur angkatan muslimin dalam peperangan menentang kafir Rom. Khaulah dengan pakaian serba hitam yang menyelubungi seluruh badannya telah meluncur dengan kudanya ke tengah medan peperangan. Sekilas pandang sahaja, tiga musuh menyembah bumi. Khaulah ibarat singa lapar menerkam mangsa. Panglima tentera Khalid Ibnu Walid serta seluruh angkatan perang tercengang melihat ketangkasan khaulah. Mereka tertanya-tanya siapakah pejuang tersebut yang kelihatan hanya dua biji matanya sahaja.


Semangat jihad kaum muslimin mula tercabar membakar serta lebih bersemangat apabila mengetahui seorang wanita ( Khaulah Al- Azwar) mampu berbuat demikian. Tentera muslimin terus menggempur musuh yang berlipat kali ganda serta meraih kemenangan mutlak. Bukan sahaja beliau seorang wanita yang berani, malah telah memainkan peranan penting dalam kemenangan islam. Keberanian Khaulah sekali lagi terbukti apabila beliau dan beberapa mujahidah lain ditawan dalam peprangan Sahura. Mereka dikurung dan dikawal rapi selama beberapa hari. Walaupun agak mustahil untuk melepas kan diri, namun Khaulah tidak mahu menyerah kalah kerana jiwanya sentiasa hidup. Beliau sering mengeluarkan kata-kata semangat kepada rakan-rakannya: “ Wahai sahabat-sahabatku yang sedang berjuang dijalan Allah, apakah saudari semua sanggup menjadi tukang-tukan picit orang Rom? Apakah saudari sanggup menjadi hamba orang-orang kafir yang dilaknati? Relakah saudari dihina dan dicaci maki oleh bangsa rom yang durjana itu? Dimanakah letaknya harga diri saudari sebagai seorang pejuang yang rindukan syurga Allah? Dimanakah letaknya kehormatan saudari sebagai seorang islam yang bertaqwa? Sesungguhnya mati itu lebih baik bagi kita daripada menjadi hamba-hamba orang Rom”


Khaulah terus menerus membakar semangat rakannya. Akhirnya mereka sebulat suara menentang pengawal-pengawal yang mengawal mereka. Khaulah dan rakan-rakannya rela mati syahid jika gagal melarikan diri. Mereka semua bertaubat dan berdoa bersungguh-sungguh agar datangnya bantuan. Sebelum mara, Khaulah menyampaikan maklumat kepada rakan-rakannya: “ jangan lah sekali-kali saudari gentar dan takut, kita semua harus bersatu dalam perjuangan dan jangan ada yang terkecuali. Patahkan tombak mereka hancurkan pedang mereka, perbanyakkan takbir serta kuatkan hati. Insya’allah pertolongan Allah sudah dekat.”

Berkat keyakinan, mereka berjaya menghapuskan pengawal-pengawal dan melepaskan diri dari kurungan tersebut. Beginilah cara hidup dan sifat yang perlu ditanam dalam sanubari serikandi yang solehah. Walaupun kita sedari muslimat masa kini tidak perlu mengangkat senjata, akan tetapi terlalu banyak perkara yang perlu ditentang dan diperbetulkan.


BANGUNLAH muslimat sekalian!!!!! Mengapa masih lena di siang hari? Keyakinan dan keberanian Khaulah mesti dicontohi ketika berjuang di tengah masyarakat menentang arus jahiliyyah. Sedarlah bahawa sudah tiba masanya untuk kalian meningkatkan lagi keberanian dan keyakinan dalam menentang segala kemaksiatan yang melibatkan kaum wanita hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan