Selasa, 26 Mei 2009

Antara tawaduk dan takabbur..

TAKBUR dan tawaduk adalah dua sifat yang berlawanan. Sifat yang pertama itu sangat dibenci dan manusia wajib menjauhinya kerana ia sifat iblis, manakala yang kedua dipuji dan patut menjadi perhiasan diri setiap individu.

Disebabkan takbur, iblis dikutuk Allah dan berbekalkan sifatnya itu jugalah ia menggoda manusia tanpa mengira sempadan daerah dan waktu supaya mengikut jejak langkah menjadi bongkak.


Sungguh jelek sifat takbur, bukan saja dikeji, bahkan membawa kecelakaan kepada diri, sebagaimana iblis yang dijanjikan seburuk-buruk tempat di akhirat.

Begitupun, sifat tawaduk tidak mudah digapai melainkan melalui latihan jiwa dan mujahadah yang penuh kesungguhan dan keazaman. Justeru, ada yang bersifat takbur dan susah untuk menjadi tawaduk.

Antara kaedah membantu ialah bersahabat dengan mereka yang bersifat tawaduk untuk mendapat nasihat, tunjuk ajar dan mencontohi mereka.

Asas pertama menjadi tawaduk ialah melalui ibadat solat, kerana di antara gerak rukun perbuatannya mengandungi latihan untuk tawaduk.

Kemudian, menatap kisah generasi yang bersifat tawaduk seperti nabi, rasul dan pewaris mereka.

Lihatlah kehidupan Rasulullah s.a.w yang diakui sebagai manusia paling agung dan mulia tetapi baginda sentiasa merendah diri sehingga makan di atas tanah, lalu bersabda:

“Aku hanyalah seorang hamba. Apabila suatu hari nanti aku dimerdekakan (maksudnya bebas di akhirat) barulah aku akan memakai pakaian baru.”

Menurut kisah diceritakan Abu Sa’id al-Khudri r.a, Rasulullah memberi makan unta, mengikatnya, membersih atau menyapu rumah, memerah susu kambingnya, membaiki kasutnya, menampal bajunya dan makan bersama khadam.

Rasulullah juga menggantinya (khadam) mengisar gandum apabila khadamnya kepenatan, membeli sendiri barang keperluannya dari pasar dan membawanya kembali ke rumah, berjabat salam dengan si kaya dan miskin, yang tua dan kanak-kanak.

Baginda mendahului salam kepada setiap yang menemuinya, baik yang dewasa atau kanak-kanak, yang hitam atau selainnya, merdeka atau hamba sahaya.

Dalam satu perjalanan, Rasulullah meminta sahabatnya memasak daging kambing. Sesetengah sahabatnya ada yang bersedia untuk menyembelihnya, sebilangan lagi bersedia untuk melapahnya dan sebilangan lagi bersedia untuk memasaknya.

Rasulullah s.a.w menyatakan kesediaannya mencari kayu api. Tindakan Rasulullah itu tidak disenangi sahabat, lalu menyarankan:

“Kami cukup untuk kerja ini wahai Rasulullah.” Jawab Rasululllah: Aku tahu...kamu semua sudah mencukupi, tetapi aku tidak suka dibezakan daripada kamu. Allah tidak menyukai hamba-Nya yang dilihat berbeza daripada kalangan sahabatnya.”

Rasulullah s.a.w menaiki apa saja tunggangan yang didapatinya, kadangkala kuda, ba’ir, kaldai dan himar, malah berjalan kaki tanpa kasut, selendang, kopiah atau serban.

Baginda juga menerima pemberian sekalipun seteguk susu atau seketul kaki arnab, kemudian membalas dan memakannya.

Semua ini menggambarkan sifat tawaduk atau rendah diri Rasulullah. Jika manusia yang sebegini mulia rela bersifat tawaduk, jadi apatah lagi insan kerdil seperti kita.

Kita boleh menguji diri sama ada mempunyai sifat tawaduk atau takbur, iaitu melalui cara berikut:

· Mendedahkan diri kepada kritikan membina dan benar. Jika hati berasa berat untuk menerima kebenaran, sukar untuk mengakui dan patuh kepada arahannya, malah berat untuk berterima kasih atas kritikan dan teguran itu, menunjukkan takbur masih tersemat di dalam diri.

Justeru, perlulah kita melatih diri sehingga biasa dengan teguran dan kritikan. Pada masa yang sama hati tidak berat untuk mendengarnya.

· Bergaul dengan teman sebaya dalam majlis keramaian dan cuba mengutamakan mereka, cuba berjalan di belakang mereka dan cuba duduk di bawah mereka. Jika hati terasa berat, itu menunjukkan masih ada sifat takbur.

Tetapi dalam keadaan ini, kita juga perlu berwaspada daripada tipu daya syaitan yang membisik supaya bergaul dengan orang dianggap rendah dan hina supaya disangkanya bersifat tawaduk, sedangkan hakikatnya tidak.

Jika demikian, tanpa disedari sebenarnya dia sudah bersifat takbur di sebalik tawaduk yang dicari-cari dan cuba dilakonkan itu.

· Menghadiri jemputan orang fakir dan miskin, malah sanggup ke pasar untuk mendapatkan keperluan keluarga serta teman. Jika hatinya berat, itu menunjukkan masih ada sifat takbur dalam dirinya.

· Boleh juga diuji dengan memakai pakaian buruk, kerana nafsu biasanya berat untuk memakai pakaian buruk.

Untukmu Akhowat..

Doa Para Akhawat yang sangat merindukan datangnya seorang pendamping ...Tuhanku... Aku berdo'a untuk seorang lelaki yang akan menjadi sebahagian dari hidupku....Seseorang yang sungguh mencintaiMu lebih dari segala sesuatu,

Seorang lelaki yang akan meletakkanku pada posisi kedua di hatinya setelah Engkau, Seorang lelak yang hidup bukan untuk dirinya sendiri tetapi untukMu, Wajah tampan dan daya tarik fizikal tidaklah penting Yang penting adalah sebuah hati yang sungguh mencintai dan dekat dengan Engkau dan berusaha menjadikan sifat-sifatMu ada pada dirinya... Dan ia haruslah mengetahui bagi siapa dan untuk apa ia hidup sehingga hidupnya tidaklah sia-sia..

Mutiara do'a ini adalah di tulis oleh seorang ahkwat (asli bukan buatan2) yang merindukan kepada seorang suami yang boleh membawa dia kepada Allah....
Renungilah...dimanakah kalian wahai sahabat ahkwat..dari mutiara do'a ini.....

Selasa, 19 Mei 2009

Bila Islam Dihina..

Saya ingin berkongsi cerita ini dengan anda semua mengenai sikap segelintir orang Melayu kita atau lebih tepat lagi orang Islam di Malaysia ....
> > > > > > > > > > > Kejadian benar ini berlaku di Carrefour Wangsa Maju pada bulan lepas..Seorang pemuda Islam yang berkerja sebagai 'cashier' di pasaraya tersebut telah menumbuk seorang lelaki cina. Ini berlaku kerana ketika pemuda cina tersebut sedang membayar harga barangan, pemuda Melayu ini telah menegur pemuda Cina ini mengenai gambar baju yang sedang di pakai oleh pemuda cina tersebut. Gambar itu ialah seekor babi yang sedang memakai serban di samping seekor anjing yang memakai tudung lambang agama Islam. pemuda Melayu itu bertanya gambar apakah yang sedang di pakai oleh pemuda cina tersebut.Dengan rasa bangga dan tidak bersalah, pemuda Cina itu terus menjawab sambil menunjuk ke arah gambar bajunya dengan mengatakan babi yang memakai serban itu ialah Muhammad dan anjing yang memakai tudung itu ialah Khadijah. Mendengar jawapan lelaki tersebut, pemuda Melayu ini dengan tidak disangka2, menumbuk muka si Cina tersebut.Huru hara lah suasana di carrefour itu. Kemudian pemuda Cina itu memaki hamun lalu datanglah Manager Carrefour yang juga beragama Islam lalu memecat lelaki Melayu tadi. Apa yang dilakukan oleh Manager Carrefour tadi adalah satu etika yang patut dicontohi kerana, menumbuk org sesuka hati memanglah salah...Tapi malangnya, Manager tersebut bukan hanya memecat pemuda Melayu tadi yang sedang mempertahankan akidah agama Islam, tetapi turut memaki hamun pemuda Melayu itu dengan kata2 kesat. Pemuda Melayu ini pulang dengan keadaan hampa. Bukan kerana dipecat, tetapi turut dimaki hamun oleh saudara seislam yang di sangkanya akan turut manjaga maruah orang Islam selepas dihina oleh laki Cina tadi.Sekarang ni pemuda Melayu ni sedang menunggu untuk disaman oleh Cina tersebut. Beliau bukan takut malah tidak sabar2 untuk menunggu disaman oleh Cina tersebut kerana beliau ada alasan yang kukuh kerana bertindak demikian.Pengajarannya, sikap pemuda Melayu tadi memang patut di contohi kerana ingin menegakkan agama Islam. Pada anda, berhati2 la..kerana saya percaya,tshirt yang di pakai oleh Cina tadi adalah salah satu strategi orang2 kafir untuk menjatuhkan maruah Islam.
> > > > > > > > > > > Sebarkan kepada saudara2 Islam kita..!
> > > > > > > > > > >
> > > > > > > > > > > 1.Jika anda orang islam sila sebarkan email ini..!!
> > > > > > > > > > > 2.Jika anda orang bukan islam, diingatkan jangan sesekali bermain dengan api di negara malaysia islam ini..


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Baru-baru ini saya telah menerima satu Article daripada seorang sahabat lama melalui ‘’Messages Friendster’’. Saya begitu tertarik dengan article yg diberikan. Secara peribadi saya menyokong akan usaha yang dilakukan oleh sesetengah pihak dalam menyebarkan article sebegini, lebih-lebih lagi yang menyentuh sensitiviti umat islam sendiri. Semoga dengan penyebaran risalah yang dikira sebagai dakwah melalui pena ini dapat disemarakkan serta deperluaskan lagi sebagai satu sumbangan kita dalam menyokong serta mendokong agama islam yang kita sayangi. Seperti mana yang telah kita sama-sama baca dan hayati melalui kisah diatas, saya mempunyai pandangan yang tersendiri dalam usaha untuk kita sama-sama perjuangkan agama islam. Cukup jelas melalui cerita tersebut bahawa keberanian yang ditunjukkan oleh seorang sahabat ketika menghadapi fitnah serta kehinaan yang dilemparkan oleh orang kafir terhadap imej islam perlu dipuji. Seterusnya kita dapat lihat dengan jelas tindakan majikan yang menggambarkan bahawa ada diantara sekelompok manusia yg begelar islam tidak tampil bagi membantu mempertahankan islam malah menyokong tindakan yang dibuat oleh kaum kafir dengan memecat saudaranya sendiri. Ini menunjukkan reaksi sekelompok manusia akhir zaman yang tidak sensitif terhadap agama islam serta perlu dikeji. Saya ingin kembali kepada kisah seorang sahabat yang begitu berani menumbuk seorang kafir disebabkan mempertahankan agama islam serta menggambarkan rasa tidak redho dengan apa yg diperlakukan oleh sikafir. Akan tetapi, tindakan sebegini tidak wajar serta bukan satu penyelesaian yang terbaik bagi kita menghadapi orang kafir bagi tujuan membersihkan semula imej islam yang tercemar. Islam tidak mengajar untuk memulakan sesuatu perkara dengan kekerasan,bahkan islam merupakan agama yang cukup berhikmah dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan. Kita perlu fikirkan dengan teliti setiap inci tindakan yang perlu diambil bagi memastikan setiap perkara itu mendatangkan hasil yang terbaik. Malah tindakan tersebut perlu diambil kira dari aspek pandangan semua pihak supaya tidak menambahkan permasalahan yang baru serta lebih buruk lantas mencalarkan imej islam itu sendiri. Saya tidak bersetuju sama sekali tindakan yang diambil oleh sahabat dalam mempertahankan islam melalui kekerasan. Akan tetapi kita perlu tanya dengan cara berhikmah akan tujuan penghinaan tersebut. Adakah ianya dilakukan semata-mata kebodohan serta kejahilan mereka terhadap islam, atau ianya sebagai langkah serta dakyah orang kafir bagi mencetuskan keganasan bagi pihak islam? Kita kena beringat bahawa islam tidak pernah mendidik penganutnya menghina malah melakukan kekerasan terhadab agama lain. Islam mempunyai pendekatan yang tersendiri dalam menghadapi situasi sebegini, kerana kita perlu kembali kepada sejarah pada zaman nabi, ketika mana islam dihina, nabi mengambil pendekatan yang berhikmah, ketika itu nabi dilempar dengan najis ditabur dengan duri sewaktu dalam perjalanan menunaikan solat, akan tetapi nabi tidak pun memarahi orang yang menyakiti nya malah ketika mana si pelempar najis serta penabur duri itu jatuh sakit maka nabi lah orang yang pertama menziarahinya. Tambahan pula, cara yang ditunjukkan oleh baginda cukup mendatang kan kesan, ini dapat dilihat apabila sikafir tadi memeluk islam dengan rela hati berikutan melihat akhlak nabi yang begitu terpuji. Ini adalah satu contoh tauladan yang baik ditunjukkan oleh Rasulullah dalam memenangi hati musuh islam untuk menerima islam. Disini cukup jelas kita lihat bahawa keganasan bukan cara yang terbaik untuk menyelesaikan keganasan, tambahan pula, sekiranya keganasan itu sememangnya bermula dari pihak islam itu sendiri. Kita haruslah sentiasa beringat, Perkara sebegini bukanlah suatu yang baru bagi umat islam,kerana kita telah melalui pelbagai cemuhan dan kehinaan oleh pihak kafir sejak zaman berzaman. Sepatutnya kita menjadi lebih matang dalam menyelesaikan masalah sebegini. Bukannya dengan kita melakukan demonstrasi jalanan, membakar bendera pihak musuh, dan sebagainya yang jelas tidak memberi faedah kepada islam dan bukan islam. Tetapi apa yang sepatutnya kita buat adalah mengamalkan cara budaya islam itu secara syumul,menyulusuru setiap lembaran sirah baginda, mengamal kan sunnah nya, supaya kehidupan yang sempurna pada islam itu jelas dimata masyarakat dan dunia. Mereka melihat baginda rasulullah S.A.W itu menjadi contoh bagi setiap inci kehidupan orang islam, lantas ini menolak salah tangapan mereka terhadap baginda selama ini. Orang bukan islam secara tidak langsung akan dapat mengenali identiti islam yang sebenar serta mereka akan cuba memahami islam itu dengan cara perbandingan terhadap agama mereka. Mereka akan dapati bahawa islam ini bukan agama pegganas,malah kasih sayang yang jelas dirakam kan didalam banyak ayat alquran serta hadis baginda. Islam Bukan agama yanag mundur malah lebih maju sekiranya umat islam semua memahami konsep hari ini lebih baik dari semalam. Melalui cara pengamalan islam yang sempurna ini akan menjadikan orang bukan islam akan menghormati umat islam seluruhnya lantas tiada lagi ruang untuk mereka merendahkan martabat islam. Kita hendaklah beringat bahawa setiap insan akan dipertanggungjawabkan diakhirat mengenai sumbanganya terhadap islam,kerana tuhan tidak akan tanya berapa banyak kali islam itu menang atau kalah,kerana itu urusan tuhan, tetapi yang akan dipersoalkan berapa banyak kita mengamalkan dan memperjuangkan islam.

Wassalam..

www.myfadzly404.blogspot.com