Khamis, 26 November 2009

Sejarah Ibadah Korban



Assalamualaykum Warahmatullahi wabarakatuh…

Kita semua Bersyukur Kehadrat ilahi kerana dengan kurniaan nikmat iman dan islam, nikmat hidup dan berfikir kita masih lagi dipertemukan oleh Allah pada hari raya Aidil Adha pada tahun ini, dimana pada hari ini merupakan hari yang cukup bersejarah untuk kita kenang bersama. Pada setiap 10 Zulhijjah, seluruh umat Islam menyambut kedatangan hari kebesaran Islam iaitu Hari Raya Aidil Adha atau Hari Raya Korban. Pada hari itu, umat Islam mengadakan solat sunat hari raya di samping menyembelih binatang ternakan seperti unta dan lembu untuk dikorbankan.
Sebelum menyambut Aidiladha ini, adalah lebih elok jika kita mengetahui dan mengimbas kembali serba sedikit tentang sejarah ibadah korban. Kita semua sedia maklum bahawa sejarah disyariatkan ibadah korban ini bermula dengan peristiwa penyembelihan nabi Allah Ismail Alayhissalam oleh ayahandanya nabi Ibrahim. Hal ini berikutan wahyu yang diperintahkan oleh Allah kepada Nabi Ibrahim didalam mimpinya.

Sebelum saya menceritakan kisah sejarah ibadah korban ini secara terperinci, kita kembali dahulu kepada sejarah kehidupan nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim merupakan seorang bapa yang mempunyai 2 orang anak lelaki bergelar nabi iaitu Ishak dan Ismail. Ketika Nabi Ibrahim masih muda, nabi Ibrahim dikurniakan anak lelaki yang bernama Ishak. Ketika itu nabi Ibrahim cukup bersyukur kehadrat ilahi kerana pemberian cahaya mata yang tidak disangka-sangka. Kelahiran nabi Ishak ketika itu cukup membahagiakan nabi Ibrahim.

Selepas kelahiran nabi Ishak, baginda berhajat untuk memiliki seorang lagi anak. Akan tetapi setelah sekian lama menunggu tetap jua tidak berhasil. Nabi Ibrahim terus berikhtiar dan memohon kepada Allah supaya dikurniakan lagi cahaya mata. Masa semakin pantas berlalu, ketika itu usia nabi Ibrahim semakin meningkat. Ternyata tuhan tetap menangguhkan zuriat dan terus menguji nabi Ibrahim dalam usianya yang semakin tua. Nabi Ibrahim tetap terus menerus berdoa dan memohon kepada Allah supaya dikurrniakan lagi seorang anak.

Setelah sampai kepada pelaksanaan Allah, nabi Ibrahim dikurniakan seorang anak lalaki yang diberi nama Ismail. Ketika itu nabi Ibrahim cukup bersyukur dan bergembira kerana Allah mengabulkan permintaannya walaupun disaat-saat baginda tua. Akan tetapi,langit tidak selalunya cerah kerana, mendung pasti bertandang,bahkan nabi Ibrahim selepas itu mendapat perintah Allah melalui mimpi supaya menyembelih anaknya Ismail.

Keikhlasan dan ketaatannya diberi imbalan oleh Allah, Allah menyelamatkan Ismail dan menggantikannya dengan seekor kibasy. Peristiwa korban itu memberikan teladan, untuk meraih kemuliaan pastilah dilalui dengan pengorbanan.

Selamat Hari raya Aidul Adha….

Antara Paksaan Dan Kerelaan

Sekiranya kita dikurniakan barangan yang kita idamkan sejak sekian lama, adakah kita ingin membuang begitu sahaja@lantas merosakkan barangan tersebut. Itu adalah tindakan yang sia-sia dan sudah pasti tindakan kita seterusnya adalah memelihara barangan tersebut dengan sebaik mungkin. Ini berikutan kesusahan yang kita alami dalam mendapatkan barang tersebut lantas menjadikanya cukup berharga buat diri kita.


Akan tetapi berbeza pula yang berlaku kepada nabi Allah Ibrahim dimana ini merupakan sunnatullah para nabi-nabi diuji oleh Allah dengan pelbagai mehnah dan cubaan. Nabi Ibrahim pasrah dan akur dengan perintah Allah supaya menyembelih anaknya. Sekiranya kita semua berfikir dan merenung sejenak sunnatullah ini bahawa segala permintaan yang kita hajatkan belum tentu tertunai, dan sekiranya permintaan ini dimakbulkan sekalipun sudah pasti akan ada kesusahan lain yang mendatang. Kadang-kadang perkara yang kita tidak fikir akan perolehi dan tidak berhajat maka itulah yang akan kita terima, manakala perkara yang dihajatkan dan diharapkan menjadi sebaliknya.


Kita boleh menjadikan sejarah kisah nabi ibrahim ini sebagai iktibar dan pedoman. Saya mengajak sahabat-sahabat untuk sama-sama berfikir mengenai perbazaan antara kelahiran nabi Ishak dan nabi Ismail. Kelahiran nabi Ishak begitu tidak disangka-sangka dan Allah tidak memberi sebarang ujian kepada nabi Ibrahim sewaktu menyambut kelahirannya ketika itu. Akan tetabi berbeza pula yang berlaku katika kelahiran nabi Ismail, diamana nabi Ibrahim cukup menginginkan seorang lagi cahaya mata. Tetapi Allah melewatkan permintaan tersebut. Malah semasa kelahiran nabi Ismail Allah terus menguji nabi Ibrahim dengan memerintahkan supaya anaknya disembelih.

Kita dapat simpulkan disini bahawa segala permintaan yang kita hajatkan belum tentu tertunai, dan sekiranya permintaan ini dimakbulkan sekalipun sudah pasti akan ada kesusahan lain yang mendatang. Kadang-kadang perkara yang kita tidak harapkan perolehi dan tidak berhajat maka itulah yang akan kita terima, manakala perkara yang dihajatkan dan harapkan menjadi sebaliknya.


Sekiranya kita kembali kepada tujuan asal untuk belajar disini, pastinya semua akan mengatakan untuk menuntut ilmu. Akan tetapi sekiranya ditanya bahawa adakah kita datang kebumi mesir ini adalah dasar kerelaan atau paksaan ibu ayah.. sekiranya atas dasar kerelaan sendiri seperti yang bercita-cita ingin menyambung pangajian di timur tengah sejak kecil lagi. Maka perlu diingat bahawa permintaan kalian telah di kabulkan oleh Allah dan pastinya ada ujian yang mungkin disusuli selepasnya.


Berbeza pula oleh mereka yang tidak menyangka untuk menyambung pengajian dibumi Mesir ini,malah hanya disyorkan oleh ibu bapa untuk berbuat demikian. Mereka mungkin pada mulanya agak terpksa untuk melangkah ke pengajian disini kerana sifat ikhlas itu boleh terus dipupuk. Akan tetapi sekiranya dilihat pada sunnatullah bahawa mereka yang tidak berhajat dan tidak berfikir untuk menyambung pengajian disini tetapi ditakdirkan untuk berada disini mungkin sentiasa dimudahkan urusannya. Malah mereka mungkin kurang ujiannya sekiranya dibandingkan kepada mereka yang begitu berhajat untuk belajar di bumi mesir ini.


Tidak dapat dinafikan bahawa tuhan pasti akan memberikan ujiannya kepada sesiapa yang dikehendakinya. Akan tetapi saya hanya ingin memberi peringatan bahawa berwaspadalah kepada mereka yang berharap serta begitu ingin menyambung pengajian di bumi mesir ini, kerana pasti ada sahaja ujian yang akan diberi oleh Allah untuk menguji hati hamba-hambanya. Oleh yang demikian saya mengajak sahabat-sahabat untuk berfikir kembali tujuan asal belajar disini dan adakah atas dasar kerelaan atau paksaan. Segala jawapan sahabat-sahabat boleh jua dikaitkan berdasarkan kepada peristiwa yang berlaku oleh nabi Ibrahim. Kerana segala sejarah yang berlaku kepada nabi-nabi dan sahabat terdahulu banyak memberi pengajaran kepada mereka yang mahu berfikir.


www.myfadzly404.blogspot.com

Selasa, 17 November 2009

HIKMAH DI SEBALIK MUSIBAH SAKIT



Pendahuluan

Orang yang sedang ditimpa penyakit tidak perlu dicekam rasa takut selama ia mentauhidkan Allah dan menjaga solatnya. Bahkan, meskipun di masa sihatnya ia banyak berkubang dalam dosa dan maksiat, kerana Allah itu Maha Penerima taubat sebelum ruh seorang hamba sampai di kerongkongnya. Dan sesungguhnya di sebalik sakit itu terdapat hikmah dan pelajaran bagi siapa saja yang mahu berfikir, di antaranya adalah:

1. Mendidik dan menyucikan jiwa dari keburukan.

Allah Ta'ala berfirman, artinya, “Apa saja musibah yang menimpa kamu maka disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu).” (Surah Asy Syura: 30)

Dalam ayat ini terdapat khabar gembira sekaligus ancaman jika kita mengetahui bahwa musibah yang kita alami adalah merupakan hukuman atas dosa-dosa kita. Imam al Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah Radhiallaahu anhu bahwa Nabi Shallallaahu alaihi wa Sallam bersabda: ”Tidak ada penyakit, kesedihan dan bahaya yang menimpa seorang mukmin hinggga duri yang menusuknya melain-kan Allah akan mengampuni kesalahan-kesalahannya dengan semua itu.”

Dalam hadis lain beliau bersabda: “Cubaan senantiasa akan menimpa seorang mukmin, keluarga, harta dan anaknya hingga dia bertemu dengan Allah dalam keadaan tidak mempunyai dosa.” Sebagian ulama salaf berkata, “Kalau bukan kerana musibah-musibah yang kita alami di dunia, nescaya kita akan datang di hari kiamat dalam keadaan miskin”



Kenangan sewaktu dimasukkan kedalam Wad hospital, kelihatan sahabatku Syaqiq yang datang melawatku…

2. Mendapatkan kebahagiaan (pahala) tak terhingga di akhirat.

Itu merupakan balasan dari sakit yang diderita sewaktu di dunia, sebab kegetiran hidup yang dirasakan seorang hamba ketika di dunia akan berubah menjadi kenikmatan di akhirat dan sebaliknya. Nabi Shallallaahu alaihi wa Sallam bersabda, ”Dunia adalah penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir.” Dan dalam hadits lain disebutkan, ”Kematian adalah hiburan bagi orang beriman.” (HR .Ibnu Abi ad Dunya dengan sanad hasan). At Tirmidzi meriwayatkan dari Jabir secara marfu’, ”Manusia pada hari kiamat menginginkan kulitnya dicabik-cabik ketika di dunia kerana iri hati melihat pahala orang-orang yang tertimpa cubaan.”

3. Allah dekat dengan orang sakit.

Dalam hadits qudsi Allah berfirman: ”Wahai manusia, si fulan hamba-Ku sakit dan engkau tidak menziarahinya. Ingatlah seandainya engkau menziarahinya nescaya engkau mendapati-Ku di sisinya.” (HR Muslim dari Abu Hurairah)



Akak Bait Hamra’ yang tidak lupa untuk menziarahi ku… terima kasih…


4. Dapat memurnikan tauhid dan menautkan hati kepada Allah.

Wahab bin Munabbih berkata, “Allah menurunkan cubaan supaya hambanya memanjatkan do’a dengan sebab bala’ itu.” Dalam surat Fushilat ayat 51 Allah berfirman, artinya, “Dan apabila Kami memberikan nikmat kepada manusia, ia berpaling dan menjauhkan diri; tetapi apabila ia ditimpa malapetaka maka ia banyak berdo’a.”

Musibah dapat menyebabkan seorang hamba berdoa dengan sungguh-sungguh, tawakkal dan ikhlas dalam memohon.. Dengan kembali kepada Allah (inabah) seorang hamba akan merasakan manisnya iman, yang lebih nikmat dari lenyapnya penyakit yang diderita. Apabila seseorang ditimpa musibah baik berupa kefakiran, penyakit dan lainnya maka hendaknya hanya berdo’a dan memohon pertolongan kepada Allah sahaja sebagaiamana dilakukan oleh Nabi Ayyub 'Alaihis Salam yang berdoa, “Dan (ingatlah kisah) Ayub, ketika ia menyeru Rabbnya, ”(Ya Rabbku), sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Yang Maha Penyayang di antara semua penyayang”. (Surah. Al Anbiyaa :83)


5. Dengan sakit akan diketahui besarnya makna sihat.

Jika seseorang selalu dalam keadaan sihat maka ia tidak akan mengetahui derita orang yang tertimpa cobaan dan kesusahan, dan ia tidak akan tahu pula besarnya nikmat yang ia perolehi. Maka ketika seorang hamba sakit, ia ingin agar segera pulih sebagaimana kondisi semula ketika sihat, sebab setelah sakit itulah ia akan tahu apa artinya sihat.

Perlunya seorang hamba bersabar dan memuji Allah ketika ditimpa musibah, sebab walaupun ia sedang sakit maka tentu masih ada orang lain yang lebih parah, dan jika ditimpa kefakiran maka pasti ada yang lebih fakir lagi. Dalam urusan agama seseorang harus memandang yang diatasnya agar tidak merasa bahawa dirinya adalah yang terbaik, sedang dalam urusan dunia ia harus memandang orang yang ada di bawahnya agar menimbulkan rasa syukur dan melahirkan pujian kepada Allah.


6. Merupakan indikasi bahwa Allah menghendaki kebaikan.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah secara marfu’ bahwa Rasulullah S.A.W. bersabda, ”Barang siapa yang dikehendaki oleh Allah kebaikan maka Allah akan menimpakan musibah kepadanya.” (HR al Bukhari). Seorang mukmin meskipun hidupnya sarat dengan ujian dan musibah namun hati dan jiwanya tetap sihat.