Khamis, 17 September 2009

Selamat Hari Raya Aidil Fitri



Assalamualaykum Warahmatullahi wa Barakatuh…

Buat semua sahabat-sahabat yang saya kasihi sekalian, kita semua bersyukur kehadrat ilahi kerana diberi peluang untuk mengakhiri ibadah puasa ramadhan dengan sempurna. Pastinya selepas ini kita semua berasa gembira untuk menyambut bulan yang baru iaitu bulan syawal. Pelbagai persiapan telah pun dibuat bagi menyambut hari yang penuh gilang gemilang ini.

Buat sahabat-sahabat yang berada dikejauhan dari keluarga pastinya cukup terasa serta sedih melalui hari-hari mendatang dalam suasana lebaran ini. Apa pun kita semua bersyukur kerana tuhan memberi peluang kita hidup dalam suasana aman harmoni, menikmati kurniaan iman dan islam dibumi anbiya ini’. Walau dilihat suasana dikejauhan ini sambutannya kurang meriah sekiranya hendak dibandingkan sambutan hari lebaran di malaysia akan tetapi kita semua pasti meraikan hari raya ini dengan penuh makna dan bersungguh-sungguh bagi meraikan kejayaan ibadah puasa selama sebulan.

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin kepada seluruh keluarga,sanak saudara,guru-guru dan sahabat handai sekiranya terdapat
Salah silap terkasar bahasa dan segala umpatan yang tidak disengajakan. Semoga tarbiah ramadhan selama sebulan yang dilalui dapat memberi kesan keimanan dan ketaqwaan bagi menempuh 11 bulan yang mendatang.

Disini saya serta kan jua beberapa pantun Hari Raya buat pembaca blog yang saya kasihi sekalian. Oleh sebab suasana dimalaysia yang berbagai budaya serta loghat@dialek yang berbeza mengikut negeri,pantun ini jua telah diolah mengikut loghat dinegeri masing-masing. Jikalau ada tersilap perkataan harap dimaafi. Harap sahabat-sahabat semua menghayati…



Kelantan...

Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita


Terengganu.. .

Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile


Pahang...

Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin


Johor...

Cegitu cegini awak suke
Awak suke kite tak suke
Esok luse hari raye
Sama-sama bersuke rie


Melaka...

Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok


N. Sembilan...

Masak lomak cili api
Campo dongan! daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri

(org kolumpo jgn kocik ati!!)


Selangor/K.Lumpur. ..


Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu


Perak...

Gulai tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupai
Pandu hemat ingat kampong
Asal teman selamat sampai


Kedah...

Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau


Penang...

Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepas raya usah dok triak
Kalu ceti mai ikut dapoq


Perlis...

Padang besaq kecik aja
Tempat siam lalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang