Bagaimanakah kita hendak memastikan puasa sebulan Ramadhan benar-benar
memberikan kesan kepada diri? maka kita kembali kepada Tujuan ibadat puasa
disyariatkan ialah untuk melahirkan mukmin yang bertakwa kepada Allah SWT.
Puasa juga merupakan ibadat yang telah difardukan oleh Allah kepada umat-umat
terdahulu berdasarkan teknik yang sesuai dengan masyarakat pada masa itu.
Puasa yang paling berkesan ialah puasa yang mengikut segala tatacara yang telah
digariskan oleh para ulamak Islam. Antaranya:
1. Menahan diri dari makan dan minum di siang hari sepanjang bulan Ramadan.
2. Menjauhkan diri dari bercumbuan-cumbuan dengan isteri di siang hari pada
bulan Ramadan.
3. Menunaikan solat 5 waktu sehari semalam secara berjemaah.
4. Menjaga mulut dari mengumpat, memaki hamun, mengata orang, menuduh yang
bukan- bukan serta bercakap perkara yang sia-sia.dan lain-lain.
5. Memperbanyakkan bacaan Al-Qur;an dan berzikir kepada Allah.
6. Menjaga telinga supaya tidak mendengar kata-kata umpatan, nista,
tuduhan palsu,kata-kata yang meransangkan seks dan lain-lain.
7. Menjaga mata dari melihat perempuan yang halal berkahwin dengannya dan dari
menonton filem-filem yang tidak senonoh di dalam TV.
8. Menjaga tangan dari memegang sesuatu yang haram seperti memegang bahu
perempuan, melihat gambar lucah dan lain-lain.
9. Menjaga kaki supaya tidak bergerak ke tempat-tempat maksiat,
kerana kaki akan disoal nanti tentang kerja yang dilakukannya sepanjang
hidup di dunia.
10. Menjaga perut dari makanan yang berlebihan walaupun halal dan
mengelakkan dari makanan yang haram dan dari pendapatan yang tidak bersih.
11. Menjaga alat kelamin supaya tidak menggunakannya kepada sesuatu yang
diharamkan oleh syariat seperti melakukan onani dan lain-lain.
12. Membulatkan hati hanya kepada Allah dan hanya mengharapkan keredaan
Allah semata-mata.
Inilah di antara cara yang paling berkesan untuk menjadikan puasa yang
sedang kita lakukan itu berkesan dan diterima Allah.Dengan lain perkataan
puasa yang berkesan itu ialah puasa yang bukan sekadar melepaskan batuk di
tangga sahaja, sebaliknya memerlukan kepada pengiltizaman terhadap syarat-syarat,
adab-adab dan rukun-rukun yang telah digariskan oleh syariat Islam sepenuhnya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan