1 ogos merupakan hari yang cukup bersejarah buat seluruh Ahli DPMM lebih-lebuh lagi bagi diriku apabila telah dipilih menjadi salah seorang Ahli jawatan kuasa tadbir Dewan Perwakilan Mahasiswa\wi Mansurah. Dikesempatan ini saya ingin mencoret secebis rasa buat seluruh ahli serta kepimpinan yang baru:-
Kepimpinan bukan sesuatu perkara yang mudah, ia memerlukan kepada pegorbanan yang besar, lebih lagi bagi seorang yang mempunyai tugas serta tnggung jawab dalam memikul hal-hal yang berkaitan dengan kemasyarakatan . Pemimpin akan dipertanggung jawabkan dihadapan Allah tentang kepimpinanya. Sebagai seorang pemimpin haruslah menjaga amanah bagi setiap tugasan yang dilakukan. Bagi mereka yang tidak memikul sebarang bentuk tugasan yg khusus dalam kepimpinan sebuah organisasi, mereka jua memiliki peranan tersendiri bagi memberi sokongan kepada pemimpin, kerana setiap insan mempunyai amanah tersendiri yang perlu dipikul mengikut tahap masing-masing. Bagi seorang pemimpin sebuah organisasi perlu memegang amanah bagi memelihara kebajikan serta manjaga hubungan yang baik terhadap ahli. Begitu jua sebagai seorang ahli perlu memahami kosep perjuangan yang dianjurkan oleh kepimpinan, dan wajib taat selagi mana kepimpinan tersebut tidak melanggari batasan hukum syarak. Sekiranya berlaku pecanggahan pendapat dari segi idea pelaksanaan oleh seorang ahli terhadap pemimpin,haruslah bagi ahli tersebut untuk berlapang dada serta menyerahkan segala keputusan kepada pihak kepimpinan tanpa cuba untuk beralih arah dgn meragui setiap tindakan yang dilakukan pemimpin tersebut. Perkara sedemikian tidak lah harus berlaku bagi seorang ahli yang memahami konsep kepimpinan didalam islam. Kerana setiap ahli perlu tahu bahawa pemimpin lebih memahami kehendak ahli serta melihat permasalahan sesebuah organisasi itu dengan lebih menyeluruh. Amat mustahil lah sekiranya seorang pemimpin tersebut untuk memenuhi kesemua tuntutan ahli sedangkan, ahli mempunyai pelbagai jenis lapisan sikap serta tujuan yang berbeza. Bagi seorang ahli hendak lah sentiasa bersabar serta menerima apa sahaja keputusan yang dibuat oleh kepimpinan serta memberikan komitmen yang penuh dalam menjayakan usaha yang dibuat oleh pemimpin. Sebagai seorang pemimpin perlu ingat bahawa setiap inci tindakan yang dilakukan terhadap ahli perlu dipertanggungjawab kan oleh Allah S.W.T diakhirat kelak. Sekiranya baik yang dilakukan oleh pemimpin terhadap ahli maka baik lah jua kesan yang akan diperolehi di akhirat nanti, sekiranya buruk yang dilakukan oleh seoarang pemimpin terhadap ahli maka buruk lah jua kesan yang akan diperolehi di akhirat nanti. Oleh yang demikian,sebagai seoarang ahli yang bergelar manusia serta bersifat tidak sempurna haruslah menerima segala bentuk kelemahan kepimpinan yang jua merupakan manusia biasa serta tidak lepas dari kesilapan. Justaru itu,ahli perlu bersama-sama kepimpinan untuk mengatasi dan menangani segala kelemahan-kelemahan tersebut bagi mambentuk organisasi yang terbaik dan sempurna. Bagi seorang ahli perlu lah bersyukur sekiranya tidak dicalonkan untuk menjadi seorang pemimpin terhadap sesuatu organisasi,kerana perlu di ingat bahawa kepimpinan ini bukanlah suatu jawatan yang boleh dibanggakan. Kebanggaan yang sebenar adalah sekiranya pemimpin tersebut boleh melepasi pertanyaan Allah S.W.T diakhirat kelak mengenai kepimpinannya. Bermakna tiada lah perkara yang boleh dibaggakan sekiranya kita belum pasti berjaya dalam memikul amanah dgn baik serta tidak bersedia untuk menjawab soalan yang akan dikemukakan diakhirat kelak. Buat akhirnya marilah kita bersama-sama bersatu tenaga,berganding bahu bagi membentuk sebuah organisasi yang cemerlang seterusnya dapat menyatukan seluruh hati-hati ahli dengan pemimpin lantas tiada lagi jurang diantara kita bersama.
Myfadzly404.blogspot.com
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan