Jumaat, 20 Februari 2009

RentetaN saJaK DLm ciTe HatiKu MiliKmu...

Puas sudah,
Kucari kebahagian,
Di sisi teman-teman,

Kudapat hanya kelalaian,
Ku cari lagi,
Di hati seorang kekasih,
Kudapat hanya kekecewaan,
Dan ku terus mencari,
Dalam meniti hari,
Penuh kekosongan…
Oh, di mana lagi harus ku mencari,
Membawa sekeping hati,
Yang sarat kerinduan,
Rindu yang tiada haluan,
Aku keliru sendiri,
Apa yang kucari,
Apa yang kuperlukan
Aku masih tak bisa mengerti,
Yang pasti,
Kekosongan hati ini minta diisi..
Sejenak ku tersedar,
Aku mencari cinta agung,
Buat jiwaku yang merindukan,
Hakikat kebenaran,
Cahaya yang membelah kegelapan,
Melimpah cemerlang mengisi kekosongan.
Ku sedar,
Destinasi pencarianku di sini,
Ku mencari-Mu Tuhan,
Mengharap keredhaan,
Menagih kebahagiaan,
Dari sinar cahaya iman....

Mari MuhaSabah diRi di ManaKah kiTa........

Tolong beRitahu si dia aku ada peSaNan buatnya,
Tolong beRitahu si dia ciNta agung adalah cintaNya..
Tolong beRitahu si dia,ciNta maNusia baKal membuatnya aLpa..

Tolong nAsihaTi si dia, jgn menyinTaiku lebih dr dia mencintai yang Esa..
Tolong nasihati si dia, jGn mengingatiku lbh dari dia mengingati yang maha kuasa..
Tolong naSihati si dia, jGn doaknku leBih daRi dia mendoakn ibu bapanya..

Tolong katakn pd si dia, daHulukn Allah kRn d situ ada syuRga..
Tolong katakn pd si dia, daHulukan ibu bapanya kRn d telapak itu syurganya..

ToLonG ingtkn si dia, Aku t'pikat kRn imannya bUkan rupa..
ToLoNg ingatkn si dia, Aku lEbih cinTakn zuHudnya bkn harta..
ToloNg ingtkn si dia, Aku kasihinya kRn santunnya..

ToloNg tegur ia dia, bila dia mula mengagungkn cinta manusia..
ToLoNg tegur si dia, bila dia tenggelam dLm anGan2nya..
TolOng tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..

TolOng sedarkn si dia. Aku milik yang Esa..
ToloNg sedarkn si dia Aku masih milik keluarga..
TolOng sedarkn si dia, tAnggungjawabnya besar kpd keluarganya..

TolOng sabarkn si dia, usah cAkAp ciNta di kala cita2 belum terlaksana..
ToLong sabarkn si dia, andai diri ini enggan dirapati kRn m'jaga batasan cinta..
ToLong sabarkn si dia, bila jarak m'jd penyebab b'tambah rindunya..

ToLonG pesan pdnya. Aku tDk mahu m'jd fiTnah besar kpdnya..
ToloNg peSan padanya. Aku tak mahu m'jD punCa keGagaLannya..
TolOng peSan pdnya aku memBiarKn Yang Esa menjaga diRi..

ToLoNg kHabarkn pD si dia. Aku tDk mahu meLekakn dia..
ToloNg kHabarkn pD si Dia. aku mahu b'jaYa dLm imPian & ciTa2nya..
ToLoNg kHabaRkn pd si dia, jadilh peNyokong dLm keJayaanku..

ToloNg sampaikn pD si dia. Aku menDambakn cinTa suCi yG terJaga..
TolOng samPaikn pD si dia, CinTa kRn Allah tDk t'Nilai harGanya..
ToLoNg sampaikn Pd si dia, huBungan ini t'Jaga seLagi dia menjaga huBungan dGn Yang Maha Kuasa..
ToLoNg sampaikn kpD si dia kRn aku x mamPu memBeritahuNya sendiri..

HanYa engKau Ya Allah mengetahui siapa si dia..
Moga pesaNanku sampai padanya walau aku senDiri tiDak meNgetahuI siaPa an Di mana si dia..
Moga dIa baGai seEkor lEbaH yG seNtiaSa meMuji keAgunGan Yang Maha Kuasa meMasuKi taMan laRangan deNgan SopaN sanTunnya dan berTemu maWar berDuri yang TerjaGa oLeh Tuannya..
SiMpanlah pesanaNku Ini seHinggA enGkau BerTemu diRiku suAtu haRi nanti.....

TaKe uR sElF fRiEndS.....

posted by Faizah..

If tomorrow never comes..

If tomorrow never comes
Have I done what I should have done today
Or did I just let time slip away

If tomorrow never comes
Have I said sorry to the people I have done wrong hurting
And plead to God for forgiveness for all my sinning

If tomorrow never comes
Did I say thanks to the people I know,
Or I just didn’t bother to show

If tomorrow never comes
Will I know what is next to come,
And will I get to paradise with a warm welcome


If tomorrow never comes
I won’t let the day pass away,
And cherish what I have today

If tomorrow never comes
I’m sure to strive my best,
And make that day the best from the rest

We will never know if we have tomorrow,
So I plead to God with full of sorrow:
DEAR LORD SHOW ME THE WAY,
FOR YOUR WAY IS THE ONLY WAY,
AND MAKE MY EVERYDAY MY BEST DAY

Posted from e-mail soby..

Khamis, 19 Februari 2009

Sesaat Di Dunia

Kenapa kini kita manusia terkejar-kejarkan dunia hingga terabai agama?Adakah kita lupa?
Memang diakui dunia itu masih dalam keperluan kita...Nabi sallallahu alaihi wasallam sendiri masih mengisi keperluan dunianya tetapi tidak sampai mengabaikan akhirat. Masih ada satu lagi kehidupan yang kekal iaitu akhirat yang Allah janjikan balasannya, amatlah indah jika cukup amalan kita. Pernah saya terbaca, jika kita memasukkan kehebatan dunia maka tercabutlah kehebatan Allah dari hati kita. Astaghfirullahalazim.
Bukanlah bertujuan untuk meminta kita terus meninggalkan segala urusan dunia tetapi wajar kita iringi urusan dunia itu dengan urusan akhirat. Kita perlu mengadaptasikan agama itu dalam kehidupan. Kita tidak dapat memisahkan kedua-duanya jika kita mahu keselamatan di akhirat kelak.


Adakah bergetar hati kita jika disebutkan kalimah Allah di hadapan kita? Adakah mengalir airmata kita jika dibacakan segala kisah perjuangan dan jerih payah mereka,para sahabat dalam menyampaikan agama?


Tetapi bagaimana pula jika didengarkan lagu-lagu yang syahdu?
Putus cinta?
Jatuh cinta?
Pasti terbuai-buai hati kita terasa seperti lagu tersebut menceritakan kisah kita sehingga adakalanya menitiskan air mata.
Bagaimana kita terleka dari mengingati mati?
Bagaimana kita terleka dari mengingati akhirat?
Bagaimana kita boleh meletakkan dunia itu matlamat pertama?
Jawapannya,muhasabah diri kita kembali...

Adakah kita sering berfikir tentang kebesaran Allah?
Adakah kita sering menceritakan kebesaran Allah?
Hati itu memerlukan makanan rohani. Apakah makanan rohani kita?
Pelbagai amalan yang boleh kita lakukan,contohnya membaca Al Quran. Al Quran itu ibarat setitis air yang apabila dititiskan dari hari ke hari ke atas batu maka berlubanglah ia. Begitu jua Al Quran, jika dibaca sentiasa maka, akan mendapat nur hati kita dengan izin Allah.
Kadangkala, apabila kita berkumpul bercerita tentang kebesaran Allah,bukan saja tujuan kita untuk menyampaikan tetapi jua memberi peringatan kepada diri sendiri.Syaitan akan sentiasa menggoda kita hingga ke akhir kalam.

Mengucapkan kalimah syahadah itu begitu mudah bukan? Tetapi apabila di akhir kalam, syaitan semakin kuat menggoda kita supaya lalai mengucapkan kalimah itu. Jadi, bukanlah semudah yang disangka untuk mengucapkan kalimah itu.Barangsiapa dapat mengucapkan kalimah itu di akhir kalamnya, maka wajiblah syurga baginya.
Tetapi bagaimana jika kehidupan selama ini kita biarkan nafsu dan syaitan menguasai hati dan tiba saja di akhir kalam kita mahu mengucapkannya? Mungkin terjadi dengan izin Allah tetapi segala penentu di akhir hayat kita ialah sebanyak mana amal kita dan bagaimana iman kita. Itulah segala penentu di akhirat kelak yang memang pasti muncul dalam beberapa ketika kita hidup di dunia...



Sama-samalah kita muhasabah diri,ambillah beberapa saat yang ada untuk merenung sedalam-dalamnya keadaan kita di dunia sebelum dipindahkan ke alam yang kekal abadi.
Hisablah dirimu sebelum kamu dihisab kelak, dan timbang-timbanglah amalan kamu sebelum kamu ditimbang kelak...

Ya Allah, berikanlah kepada kami keselamatan didunia dan akhirat serta masukkanlah kami ke dalam syurgamu yang kekal abadi.. Amin...

Posted
e-mail from Soby..

Selasa, 17 Februari 2009

JIWA MANUSIA

Manusia merupakan sebaik-baik kejadian yang diciptakan oleh allah S.W.T sebagai khalifah dimuka bumi. Tatkala manusia itu lahir dari perut seorang ibu dalam keadaan menangis serta menggenggam tangan menggambarkan aqidah yang dipegang serta perjanjian bersama tuhannya untuk memikul tanggung jawab yang telah dimanahkan kepadanya. Selain dari itu, allah S.W.T juga telah mentaqdirkan bahawa bayi yang lahir kedunia tanpa memiliki akal, oleh yang demikian pula kesempatan yang begitu baik ini diambil oleh syaitan laknatullah untuk memulakan kehidupan manusia dengan godaan hawa nafsu terhadap seorang bayi, maka tidak hairanlah bahawa kanak-kanak kecil sentiasa menangis serta tidak pernah mempedulikan kesusahan ibu bapa menyara kehidupan seharian. Malah ibu bapa sentiasa menuruti apa sahaja yang dimahukan oleh sang kecil. Ini menggambarkan fitrah asal kejadian manusia yang begitu lemah dengan mengikut apa sahaja yg dituruti oleh hawa nafsu,ketika itu manusia akan lupa dengan perjanjian bersama tuhannya untuk sentiasa patuh dan taat dengan perintahya serta menjauhi larangannya.
Hikmah dijadikan manusia bermula dengan tidak memiliki akal yang sempurna adalah sebagai ujian permulaan terhadap seorang khlifah yang bakal memimpin sebuah teraju pemerintahan dunia yang fana. Ketika ini,manusia perlu dicorak dengan warna keagamaan serta bentuk keimanan yang teguh oleh si ibu dan ayah sehingga manusia itu terkenang kembali episod silam sewaktu bersama tuhannya serta mencari kembali kebenaran dicelah-celah duri kehidupan yang penuh mempesonakan.
Seterusnya,Allah S.W.T tidak membiarkan manusia itu terus leka dengan kehadiran nafsu yang membelenggu anak adam,malah dengan rahmat tuhan yang maha penyayang,manusia akan sampai ketingkat akil baligh dimana ketika itu manusia telah dikurniakan akal fikiran untuk membezakan suatu yang hak dan batil. Manusia juga diberi pedoman Al-Quran sebagai petunjuk jalan menuju kearah kebenaran lantas menolak kesesatan. Akan tetapi perlu diingat bahawa tugasan syaitan ketika ini baru sahaja bermula dengan agenda yang baru serta begitu dahsyat sebagai menyesatkan manusia yang baru sahaja memiliki buku amalanya sendiri.