Selasa, 17 Februari 2009

JIWA MANUSIA

Manusia merupakan sebaik-baik kejadian yang diciptakan oleh allah S.W.T sebagai khalifah dimuka bumi. Tatkala manusia itu lahir dari perut seorang ibu dalam keadaan menangis serta menggenggam tangan menggambarkan aqidah yang dipegang serta perjanjian bersama tuhannya untuk memikul tanggung jawab yang telah dimanahkan kepadanya. Selain dari itu, allah S.W.T juga telah mentaqdirkan bahawa bayi yang lahir kedunia tanpa memiliki akal, oleh yang demikian pula kesempatan yang begitu baik ini diambil oleh syaitan laknatullah untuk memulakan kehidupan manusia dengan godaan hawa nafsu terhadap seorang bayi, maka tidak hairanlah bahawa kanak-kanak kecil sentiasa menangis serta tidak pernah mempedulikan kesusahan ibu bapa menyara kehidupan seharian. Malah ibu bapa sentiasa menuruti apa sahaja yang dimahukan oleh sang kecil. Ini menggambarkan fitrah asal kejadian manusia yang begitu lemah dengan mengikut apa sahaja yg dituruti oleh hawa nafsu,ketika itu manusia akan lupa dengan perjanjian bersama tuhannya untuk sentiasa patuh dan taat dengan perintahya serta menjauhi larangannya.
Hikmah dijadikan manusia bermula dengan tidak memiliki akal yang sempurna adalah sebagai ujian permulaan terhadap seorang khlifah yang bakal memimpin sebuah teraju pemerintahan dunia yang fana. Ketika ini,manusia perlu dicorak dengan warna keagamaan serta bentuk keimanan yang teguh oleh si ibu dan ayah sehingga manusia itu terkenang kembali episod silam sewaktu bersama tuhannya serta mencari kembali kebenaran dicelah-celah duri kehidupan yang penuh mempesonakan.
Seterusnya,Allah S.W.T tidak membiarkan manusia itu terus leka dengan kehadiran nafsu yang membelenggu anak adam,malah dengan rahmat tuhan yang maha penyayang,manusia akan sampai ketingkat akil baligh dimana ketika itu manusia telah dikurniakan akal fikiran untuk membezakan suatu yang hak dan batil. Manusia juga diberi pedoman Al-Quran sebagai petunjuk jalan menuju kearah kebenaran lantas menolak kesesatan. Akan tetapi perlu diingat bahawa tugasan syaitan ketika ini baru sahaja bermula dengan agenda yang baru serta begitu dahsyat sebagai menyesatkan manusia yang baru sahaja memiliki buku amalanya sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan