Khamis, 26 November 2009
Sejarah Ibadah Korban
Assalamualaykum Warahmatullahi wabarakatuh…
Kita semua Bersyukur Kehadrat ilahi kerana dengan kurniaan nikmat iman dan islam, nikmat hidup dan berfikir kita masih lagi dipertemukan oleh Allah pada hari raya Aidil Adha pada tahun ini, dimana pada hari ini merupakan hari yang cukup bersejarah untuk kita kenang bersama. Pada setiap 10 Zulhijjah, seluruh umat Islam menyambut kedatangan hari kebesaran Islam iaitu Hari Raya Aidil Adha atau Hari Raya Korban. Pada hari itu, umat Islam mengadakan solat sunat hari raya di samping menyembelih binatang ternakan seperti unta dan lembu untuk dikorbankan.
Sebelum menyambut Aidiladha ini, adalah lebih elok jika kita mengetahui dan mengimbas kembali serba sedikit tentang sejarah ibadah korban. Kita semua sedia maklum bahawa sejarah disyariatkan ibadah korban ini bermula dengan peristiwa penyembelihan nabi Allah Ismail Alayhissalam oleh ayahandanya nabi Ibrahim. Hal ini berikutan wahyu yang diperintahkan oleh Allah kepada Nabi Ibrahim didalam mimpinya.
Sebelum saya menceritakan kisah sejarah ibadah korban ini secara terperinci, kita kembali dahulu kepada sejarah kehidupan nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim merupakan seorang bapa yang mempunyai 2 orang anak lelaki bergelar nabi iaitu Ishak dan Ismail. Ketika Nabi Ibrahim masih muda, nabi Ibrahim dikurniakan anak lelaki yang bernama Ishak. Ketika itu nabi Ibrahim cukup bersyukur kehadrat ilahi kerana pemberian cahaya mata yang tidak disangka-sangka. Kelahiran nabi Ishak ketika itu cukup membahagiakan nabi Ibrahim.
Selepas kelahiran nabi Ishak, baginda berhajat untuk memiliki seorang lagi anak. Akan tetapi setelah sekian lama menunggu tetap jua tidak berhasil. Nabi Ibrahim terus berikhtiar dan memohon kepada Allah supaya dikurniakan lagi cahaya mata. Masa semakin pantas berlalu, ketika itu usia nabi Ibrahim semakin meningkat. Ternyata tuhan tetap menangguhkan zuriat dan terus menguji nabi Ibrahim dalam usianya yang semakin tua. Nabi Ibrahim tetap terus menerus berdoa dan memohon kepada Allah supaya dikurrniakan lagi seorang anak.
Setelah sampai kepada pelaksanaan Allah, nabi Ibrahim dikurniakan seorang anak lalaki yang diberi nama Ismail. Ketika itu nabi Ibrahim cukup bersyukur dan bergembira kerana Allah mengabulkan permintaannya walaupun disaat-saat baginda tua. Akan tetapi,langit tidak selalunya cerah kerana, mendung pasti bertandang,bahkan nabi Ibrahim selepas itu mendapat perintah Allah melalui mimpi supaya menyembelih anaknya Ismail.
Keikhlasan dan ketaatannya diberi imbalan oleh Allah, Allah menyelamatkan Ismail dan menggantikannya dengan seekor kibasy. Peristiwa korban itu memberikan teladan, untuk meraih kemuliaan pastilah dilalui dengan pengorbanan.
Selamat Hari raya Aidul Adha….
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan