Sekiranya kita dikurniakan barangan yang kita idamkan sejak sekian lama, adakah kita ingin membuang begitu sahaja@lantas merosakkan barangan tersebut. Itu adalah tindakan yang sia-sia dan sudah pasti tindakan kita seterusnya adalah memelihara barangan tersebut dengan sebaik mungkin. Ini berikutan kesusahan yang kita alami dalam mendapatkan barang tersebut lantas menjadikanya cukup berharga buat diri kita.
Akan tetapi berbeza pula yang berlaku kepada nabi Allah Ibrahim dimana ini merupakan sunnatullah para nabi-nabi diuji oleh Allah dengan pelbagai mehnah dan cubaan. Nabi Ibrahim pasrah dan akur dengan perintah Allah supaya menyembelih anaknya. Sekiranya kita semua berfikir dan merenung sejenak sunnatullah ini bahawa segala permintaan yang kita hajatkan belum tentu tertunai, dan sekiranya permintaan ini dimakbulkan sekalipun sudah pasti akan ada kesusahan lain yang mendatang. Kadang-kadang perkara yang kita tidak fikir akan perolehi dan tidak berhajat maka itulah yang akan kita terima, manakala perkara yang dihajatkan dan diharapkan menjadi sebaliknya.
Kita boleh menjadikan sejarah kisah nabi ibrahim ini sebagai iktibar dan pedoman. Saya mengajak sahabat-sahabat untuk sama-sama berfikir mengenai perbazaan antara kelahiran nabi Ishak dan nabi Ismail. Kelahiran nabi Ishak begitu tidak disangka-sangka dan Allah tidak memberi sebarang ujian kepada nabi Ibrahim sewaktu menyambut kelahirannya ketika itu. Akan tetabi berbeza pula yang berlaku katika kelahiran nabi Ismail, diamana nabi Ibrahim cukup menginginkan seorang lagi cahaya mata. Tetapi Allah melewatkan permintaan tersebut. Malah semasa kelahiran nabi Ismail Allah terus menguji nabi Ibrahim dengan memerintahkan supaya anaknya disembelih.
Kita dapat simpulkan disini bahawa segala permintaan yang kita hajatkan belum tentu tertunai, dan sekiranya permintaan ini dimakbulkan sekalipun sudah pasti akan ada kesusahan lain yang mendatang. Kadang-kadang perkara yang kita tidak harapkan perolehi dan tidak berhajat maka itulah yang akan kita terima, manakala perkara yang dihajatkan dan harapkan menjadi sebaliknya.
Sekiranya kita kembali kepada tujuan asal untuk belajar disini, pastinya semua akan mengatakan untuk menuntut ilmu. Akan tetapi sekiranya ditanya bahawa adakah kita datang kebumi mesir ini adalah dasar kerelaan atau paksaan ibu ayah.. sekiranya atas dasar kerelaan sendiri seperti yang bercita-cita ingin menyambung pangajian di timur tengah sejak kecil lagi. Maka perlu diingat bahawa permintaan kalian telah di kabulkan oleh Allah dan pastinya ada ujian yang mungkin disusuli selepasnya.
Berbeza pula oleh mereka yang tidak menyangka untuk menyambung pengajian dibumi Mesir ini,malah hanya disyorkan oleh ibu bapa untuk berbuat demikian. Mereka mungkin pada mulanya agak terpksa untuk melangkah ke pengajian disini kerana sifat ikhlas itu boleh terus dipupuk. Akan tetapi sekiranya dilihat pada sunnatullah bahawa mereka yang tidak berhajat dan tidak berfikir untuk menyambung pengajian disini tetapi ditakdirkan untuk berada disini mungkin sentiasa dimudahkan urusannya. Malah mereka mungkin kurang ujiannya sekiranya dibandingkan kepada mereka yang begitu berhajat untuk belajar di bumi mesir ini.
Tidak dapat dinafikan bahawa tuhan pasti akan memberikan ujiannya kepada sesiapa yang dikehendakinya. Akan tetapi saya hanya ingin memberi peringatan bahawa berwaspadalah kepada mereka yang berharap serta begitu ingin menyambung pengajian di bumi mesir ini, kerana pasti ada sahaja ujian yang akan diberi oleh Allah untuk menguji hati hamba-hambanya. Oleh yang demikian saya mengajak sahabat-sahabat untuk berfikir kembali tujuan asal belajar disini dan adakah atas dasar kerelaan atau paksaan. Segala jawapan sahabat-sahabat boleh jua dikaitkan berdasarkan kepada peristiwa yang berlaku oleh nabi Ibrahim. Kerana segala sejarah yang berlaku kepada nabi-nabi dan sahabat terdahulu banyak memberi pengajaran kepada mereka yang mahu berfikir.
www.myfadzly404.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan