Sabtu, 10 Oktober 2009

Selamat Memulakan Pengajian



Salam ukhuwah dan salam perjuangan kepada sahabat-sahabat Ardhul kinanah
yang dikasihi sekalian. Kita perlu bersyukur kerana masih lagi diberi kesempatan oleh Allah untuk meneruskan sesi pengkuliahan 09/10. Semoga sesi pengkuliahan yang baru
ini kita semua berazam untuk meningkatkan lagi semangat dalam meneruskan perjuangan menuntut ilmu Allah. Bukan sahaja semangat yang kuat perlu ada dalam diri kita tetapi tanggungjawab kita untuk membayar rusum serta membuat kad kernih jua jangan dilupakan. Supaya kita semua dapat melalui sesi pengajian degan selesa tanpa kena barrah.

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa ada segelintir mahasiswa/wi yang mula futur (putus asa) dalam meneruskan perjuangan dalam menuntut ilmu Allah. Ini disebabkan oleh natijah serta keputusan yang diperolehi sahabat-sahabat kita pada baru.baru ini tidak memihak kepada apa yang di impikan. Ada dikalangan sahabat kita yang pulang ketanah air tanpa memiliki segulung ijazah, ini kerana apa…? Kerana mereka yang pulang ketanah air adalah tujuan bercuti hari raya. Maka mereka akan kembali untuk meneruskan pengajian setelah mula sesi pengkuliahan. Tetapi, amat sedih serta mendukacitakan kepada mereka yang terhenti di tengah jalan lantas hilang kekuatan untuk meneruskan perjuangan memikul ilmu Allah.

Kita perlu bersyukur kepada Allah dengan apa jua natijah yang diberikan kepada kita Kerana setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi didalam nya.
Oleh yang demikian, kita semua tetap bersyukur kepada Allah kerana natijah peperiksaan Ini sudah pasti tidak akan dipertanyakan oleh Allah S.W.T diakhirat kelak. Akan tetapi apa yang pasti akan dipertikaikan oleh Allah S.W.T ialah sejauh mana kesungguhan kita
Dalam memenuhi tuntutan amanah ibu ayah serta amanah bagi mereka yang telah membayar zakat bagi pihak kita. Kita diminta oleh ibu dan ayah supaya belajar dengan bersungguh-sungguh supaya kita kelak menjadi orang yang berilmu dan berguna kepada
Masyarakat. Kita diberikan wang zakat sepanjang tempoh pengajian yang menunjukkan bahawa Allah S.W.T begitu mengasihi serta menyayangi hambanya yang menuntut ilmu. Tetapi, adakah kita semua sedar bahawa amanah yang begitu berat telah terpikul dibahu kita semua?



Justeru itu marilah kita semua bermuhasabah serta mentajdid kan niat kita dalam menuntut ilmu hanya semata-mata mencari keredhoan Allah. Supaya kita menjadi seorang yang cekal dalam melalui segala mehnah dan cobaan sepanjang sesi
Tarbiah dibumi barakah ini. Marilah kita sama-sama menjadikan bumi bertuah ini bukan hanya sebagai ladang anggur dan buah strawberi sahaja tetapi sebagai ladang mencari ilmu dan pengetahuan,kerana kita sedia maklum bahawa bumi mesir bumi anbiya’ ini begitu banyak tersimpan khazanah ilmu pengetahuan sejak turun temurun yang pelu kita gali sebanyaknya.

Untuk akhirnya, marilah kita bersama-sama mewajibkan diri dengan menghadirkan diri kekuliah demi kebaikan kita. Sama lah kita berjihad dalam melawan nafsu cinta kan lihaf kerana nikmat tidur itu hanya bersifat sementara bahkan nikmat ilmu itu adalah cinta hakiki yang perlu kita kejar bersama. Semoga azam baru kita pada tahun ini akan tercapai dengan berkat usaha dan tawakkal yang tinggi kepada Allah S.W.T.
Salam perjuangan dari Bait Hamra’ Kayangan…

1 ulasan: