Rabu, 17 Februari 2010

ANTARA DORONGAN PERKAHWINAN

Mengikut kajian saya, faktor-faktor yang mendorong umat islam pada masa kini menunaikan tuntutan untuk berkahwin diantaranya:

1) Sifat naluri:
Firman Allah taala yang bermaksud : “Dijadikan indah pada pandangan manusia itu kecintaan kepada apa yang diingini dikalangan wanita, anak pinak dan harta yang banyak….”

2) Tekanan :
Dorongan yang terlalu kuat untuk berkahwin, ianya disalurkan melalui televisyen, majalah dan alam sekitar yang rosak serta pupus dengan roh keimanan. Firman Allah Taala: Seandainya Allah tidah menolak (Keganasan) sebahagian manusia dengan sebahagian yang lain sudah tentu berlaku kerosakan dimuka bumi ini.” Allah taala mempertahankan kerosakan alam, kerosakan akhlak manusia dengan dipermudahkan urusan bagi mengendalikan hak-hak yang dituntut, di antaranya berkahwin.

3) Berhadapan dengan kepelbagaian tanggungjawab di dalam amal kerja harian atau di dalam gerakan.

Di sini saya tidak mahu membahaskan ketiga faktor tersebut secara terperinci kerana saya yakin bahawa manusia pada hari ini mengalami dan menghadapi faktor-faktor tersebut melainkan hamba-hamba Allah yang beruzlah dari masyarakat berkemungkinan tidak akan dapat menghadapi faktor yang kedua. Adapun faktor yang pertama, manusia sama sekali tidak dapat lari daripadanya. Kalau tidak, maka tidaklah di namakan manusia. Faktor yang ketiga saya lebih suka menyimpulkan sebagai cabaran atau tekanan di dalam kehidupan manusia yang terlalu sibuk dengan kerja harian.

Sebelum membahaskan satu topik yang amat penting bagi kehidupan berumah tangga, suka saya menegaskan si sini bahawa “Islam agama dari Allah untuk kemaslahatan bagi memenuhi tuntutan fitrah manusia, oleh itu islam tidak menyukarkan sama sekali setiap bentuk ‘wasilah’ bagi memenuhi setiap tuntutan islam. Di antara tuntutan islam adalah berkahwin. Tetapi mengapakah pemuda-pemuda hari ini khususnya, tidak mendapat restu untuk memudahkan perkara tersebut dilaksanakan, khususnya kepada golongan yang berpendapatan rendah, lebih-lebih lagi sekiranya pemuda-pemuda tersebut melibatkan sepenuh masa dalam gerakan islam, sudah pastinya pendapatan harian bulanannya tidak seberapa berbanding sahabat-sahabat yang mendapat gaji yang lumayan di dalam pekerjaan. Masalah ini perlu di fikir secara matang dan bijak bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlarutan di di dalam kehidupan pemuda- pemuda islam.

Ya…….. seharusnya diambil perhatian yang wajar kepada setiap wanita-wanita yang memahami ilmu-ilmu islam. Sekiranya wasilah iaitu mahar mahupun belanja diambil dari pihak keluarga islam, mereka mestilah memahamkan ibu bapa mereka tentang masalah-masalah yang berhubung dengan perkahwinan dari A ke Z menurut konsep islam. Saya berkeyakinan sekiranya usaha memahamkan pihak keluarga dijalankan secara giat dan bersungguh-sungguh, pastinya segala kesulitan dapat diatasi, maka wasilah mahar atau belanja perkahwinan menjadi mudah. Ingatlah: “Agama itu mudah dan sama sekali tidak menyulitkan.” Seterusnya saya menyeru para pembaca sekalian merenung kaedah ini, “tidak akan sempurana sesuatu kewajipan kacuali dengan perkara yang tidak wajib, maka ia turut sama menjadi wajib” (lu pikir lh sendiri) saya dengan tegas mengatakan di sini khususnya golongan-golongan yang terlibat bahawa: “tidak sempurna kewajipan ataupun dorongan untuk berkahwin kecuali dipermudahkan segala urusan-urusan yang bersangkutan dengan perkahwinan. Sekiranya dilihat pada sudut reality semasa.

Adapun dari sudut nas kita boleh rujuk melalui riwayat yang menjelaskan kepada kita bahawa keberkatan wanita yang dikahwini hendaklah dilihat pada nilai rendah dan mudahnya mas kahwin. Kita bertanya mengapakah manusia hari ini menyukarkan sesuatu perkara yang telah dipermudahkan oleh Allah taala di dalam keadaan mereka mengaku beriman dengan nas-nas dari Al-quran dan As-sunnah? Kita telah melihat pada banyak perkara yang lain, manusia lebih suka berpegang kepada konsep ‘Rukhsoh’ dan ‘tasahul’ padahal telah sabit nas-nas dari Al-quran dan hadis yang memperketatkan undang-undang seperti konsep ‘musofahah’, ‘safaratul mar’ah’ dan lain-lain. Saya menerima kelonggaran ijtihad dari ulama’ pada suasana keadaan yang darurat. Kita bertanya apakah itu kerosakan moral, kejatuhan nilai kemanusiaan pada hari ini disebabkan pemuda dan pemudinya tidak berkahwin, kita tidak menganggapnya sebagai darurat? Tepuk dada dan tanyalah iman untuk kembali kepda kemaslahatan muka bumi ini. Fahamilah bahawa agama islam itu tidak memberi kemudaratan dan membenarkan kemudaratan . kita semua memahami bahawa orang-orang kafir menghalalkan apa yang di haramkan oleh Allah taala dan mengharamkan perkara-perkara yang dihalalkan oleh Allah taala. Adapun umat islam pada hari ini masih lagi memegang tradisi menyulitkan perkara yang telah dipermudahkan oleh Allah dengan nas-nas yang sahih dan memudahkan perkara-perkara yang telah di perketatkan.

Formula islam menegaskan (menolak kerosakan lebih didahulukan daripada membina kemaslahatan) semoga kita dapat merenung perkara ini dengan adil dan saksama. Wallahu a’alam…

1 ulasan:

  1. sesuatu yang berguana untuk pemuda-pemudi di zaman kebejatan ini...kenali saya di diriterperi.blogspot

    BalasPadam